PAS Batalkan Rancangan Mengadap Sultan Perak

PAS Batalkan Rancangan Mengadap Sultan Perak

Wakil PAS Perak hari ini membatalkan rancangan mereka untuk mengadap sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang sepatutnya dijadualkan pada jam 3 petang hari ini, lapor portal Malaysiakini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, tindakan ini adalah kerana PAS masih tidak mempunyai keputusan untuk dipersembahkan kepada istana berhubung lantikan menteri besar baharu Perak.

Menurut Razman,PAS akan mengadap Sultan Nazrin secepat mungkin tapi tarikh baharu belum ditetapkan. Sultan Nazrin sebelum ini bertitah agar Adun Perak datang mengadap baginda untuk mempersembahkan pendirian masing-masing terhadap calon menteri besar yang dicadangkan Umno.

Razman sebelum ini adalah pembahas yang menyokong untuk mengekalkan Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak, namun dikecewakan oleh UMNO apabila adun parti terbabit sebulat suara menolak usul terbabit.

CATEGORIES