Parti Muda Berjaya Kumpul Dana Bantu Mahasiswa, PM Baru Hendak Mesyuarat

Parti Muda Berjaya Kumpul Dana Bantu Mahasiswa, PM Baru Hendak Mesyuarat

Parti MUDA pimpinan bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengambil inisiatif mengumpul dana untuk membantu mahasiswa yang terpaksa melalui detik sukar apabila Kementerian Pengajian Tinggi membuat keputusan saat akhir berkenaan isu pembukaan dan pendaftaran kelas.

Hal tersebut menyebabkan pelajar terkandas, dan kerugian besar apabila tiket kapal terbang “burn” begitu sahaja.

“MUDA sedar masalah yang dihadapi mahasiswa disebabkan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi yang tidak punya prosedur jelas dan lambat. MUDA berkongsi keluhan dari anda semua yang perlukan bantuan.” ciap MUDA dalam akaun twitter mereka.

Kurang 3 jam, dana sejumlah RM50,000 berjaya dikumpul untuk membantu para pelajar

“Yeay!

Sasaran kutipan RM50,000 atau lebih tepat RM51, 145.92 berjaya dicapai dalam masa 3 jam sahaja!

Kutipan sudah DITUTUP.

Terima kasih semua penderma. Orang Malaysia memang power!”

Kementerian Pengajian Tinggi hingga kini tidak ada mengeluarkan solusi tuntas bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa.

Perdana Menteri pula dijangka mempengerusikan mesyuarat khas berhubung Covid-19 esok, beberapa hari selepas kes covid19 meningkat mendadak.

CATEGORIES