Pakatan Harapan T’ganu Nafi Agihan Kerusi Bermasalah

Pakatan Harapan T’ganu Nafi Agihan Kerusi Bermasalah

Pakatan Harapan Terengganu menafikan agihan kerusi sesama parti komponen di Terengganu berdepan masalah sebagaimana ditularkan di media sosial.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan setiausaha Pakatan Harapan Terengganu, Zulkifli Ali, beliau menegaskan Pakatan Harapan Terengganu kekal berada dalam keadaan utuh dan menjadi antara negeri terawal berjaya memuktamadkan barisan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan NegerI Terengganu (MPPH)

“Sukacita dimaklumkan bahawa PH Negeri Terengganu kekal berada dalam keadaan
yang utuh. Selain menjadi antara negeri terawal mendapat kelulusan penubuhan
secara rasmi oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS), PH Negeri Terengganu juga
menjadi negeri terawal yang berjaya memuktamadkan barisan Majlis Pimpinan
Negeri atau Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (MPPH) Negeri Terengganu.” tulis Zulkifli dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, MPPH Terengganu sentiasa menggunakan ruang musyawarah untuk menyelesaikan isu berbangkit dan menurutnya PH Terengganu masih di peringkat awal proses rundingan kerusi di Negeri Terengganu sekaligus menafikan maklumat tular yang disebarkan oleh AJK Cabang Keadilan Kuala Terengganu, sebelum ini.

“Mesyuarat MPPH Negeri Terengganu bertarikh 10 April 2021 yang dihadiri oleh
semua pimpinan utama setiap parti termasuk Pengerusi AMANAH Terengganu,
Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Setiausaha DAP Terengganu telah
bersetuju bahawa sebarang pertindihan antara mana-mana parti perlu diselesaikan
terlebih dahulu antara kedua-dua parti tersebut sebelum disahkan dalam mesyuarat
MPPH Negeri Terengganu.”

“Justeru tidak timbul isu mana-mana parti memberikan
sokongan kepada parti komponen yang lain dalam proses rundingan kerusi.
Hasil rundingan akan dibawa kepada Mesyuarat MPPH Negeri Terengganu yang
akan datang.”

Terdahulu, tular mesej yang mendakwa PKR Terengganu dibuli oleh Amanah dan DAP dan satu kenyataan dari ketua penerangan PKR , Syed Al Amin yang mahu mewujudkan PH Hybrid dimana PKR tidak peerlu bersama Amanah dan DAP untuk berdepan PRU15 akan datang di Terengganu.

CATEGORIES