Osman Sapian Sedia Dipecat

Osman Sapian Sedia Dipecat

Adun Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Osman Sapian, bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk dipecat dari parti apabila secara terbuka menyokong calon bebas di PRK Slim baru baru ini.

Beliau terpaksa banyak berkorban termasuk masa, tenaga dan wang ringgit sesuai dengan kedudukan Bersatu sebagai parti baru dan pembangkang sewaktu Bersatu mula ditubuhkan apabika orang terawal memperjuangkan parti berkenaan di Johor daripada tiada ahli hingga ada cawangan ditubuhkan di seluruh negeri berkenaan.

Setelah Pakatan Harapan menang pada PRU 14 beliau dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Johor sebelum digantikan dengan Sahrudin Jamal.

Di bawah menteri besar dari UMNO, Hasni Mohammad, Osman tidak diberikan sebarang jawatan.

Sebarang perkembangan membabitkan Adun Johor akan memberi kesan kepada kerajaan negeri PN hanya memiliki kelebihan satu kerusi saja berbanding PH dalam DUN, sebarang langkah anggotanya akan memberi kesan besar kepada negeri tersebut, termasuk bertukar kerajaan.

CATEGORIES