Orang Kanan Zuraidah Mahu Pembangkang Tukar Ketua

Orang Kanan Zuraidah Mahu Pembangkang Tukar Ketua

Setiausaha politik kepada bekas Naib Presiden Keadilan Zuraida Kamaruddin, Nor Hizman mengesa pembangkang untuk tukar ketua pembangkang yang kini disandang Anwar Ibrahim.

Hizman mengulas kenyataan Khalid Samad yang mendakwa Perikatan Nasional sebagai “politik khianat”.

“Suasana ekonomi dan politik negara adalah tanggungjawab bersama manakala tuduhan Khalid patut dilemparkan kepada Anwar yang seringkali menggugat ketenteraman dan proses pemulihan ekonomi negara melalui kenyataan-kenyataan menggemparkan tentang dakwaan mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan PN.

“Inilah ancaman yang mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi negara,”

Hizwan bersama Zuraidah dipecat dari PKR setelah bersekongkol dengan BERSATU dan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan, februari lalu.

Anwar pada 23 september mengumumkan bahawa beliau memiliki sokongan yang cukup ahli parlimen untuk diangkat sebagai perdana menteri Malaysia baharu namun kumpulan dipimpin Anwar Ibrahim tewas tipis dalam undian belanjawan 2021 iaitu 111-108.

“Sementara Anwar masih mengejar bayang-bayang, PN akan terus mengemudi negara dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama.

“Mungkin tiba masanya untuk pembangkang menamakan Ketua Pembangkang yang baru dan lebih berwibawa dan karismatik untuk menggantikan Anwar Ibrahim,” katanya.

CATEGORIES