Operasi Cegah Maksiat Besaran Di Seluruh Terengganu Malam Ini

Operasi Cegah Maksiat Besaran Di Seluruh Terengganu Malam Ini

Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang atau lebih dikenali sebagai Skuad Amar mengeluarkan amaran keras kepada semua pihak untuk menghentikan segera aktiviti tidak bermoral menjelang sambutan tahun baru tidak lama lagi.

Menurut laporan disiarkan laman TRDI.MY, Operasi akan diadakan secara besar-besaran di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

Ketua Skuad Amar Marang, Nasaruddin Samsudeng berkata, sebaran meluas secara maya telah dibuat sebagai amaran bagi membendung dan menyahut ke arah seruan sifat maksiat di Terengganu.

“Skuad Amar akan melakukan dua sesi, iaitu sesi pertama adalah membuat tinjauan di kawasan tumpuan seperti pusat peranginan, pantai, bermula lewat petang manakala sesi kedua pula akan melibatkan serbuan di hotel, chalet dan rumah tumpangan pada lewat malam, “katanya dipetik laman trdi

Beberapa keping banner juga akan mula digantung pada keesokan hari di beberapa lokasi tertentu di sekitar daerah ini.Bahagian Penguatkuasaan Syariah Pejabat Agama Daerah Marang disebut memberi sokongan kuat kepada skuad Amar.

Satu operasi besar besaran akan diadakan dilokasi tertentu bagi mengekang amalam maksiat dalam kalangan rakyat negeri Terengganu menjelang sambutan tahun baru 2021 malam ini.

CATEGORIES