Nur Jazlan Sindir BERSATU

Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Johor, menyindir BERSATU apabila cuba meminta jumlah kerusi yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke 15.

Memetik Malaysiakini, Nur Jazlan membangkitkan hal pemilihan BERSATU diperingkat bahagian yang tidak selesai walaupun bulan September akan berlangsung pemilihan diperingkat pusat.

Kenyataan Nur Jazlan rentetan keputusan, mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa bahagian dan cawangan iaitu Semberong dan Batu Pahat dengan tidak wujud sebarang jawatan termasuk Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan, dan presiden BERSATU sendiri akan melantik dua orang Ketua Penaja bagi BERSATU kawasan terlibat setelah selesai Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU kelak.

Pergeseran antara UMNO dan BERSATU dilihat sudah mula kelihatan jelas, samada diperingkat negeri mahupun diperingkat Nasional apabila Presiden Umno mengumumkan Umno menarik diri dari gabungan Perikatan Nasional sehari selepas keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak dikeluarkan.

Beliau dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda. Bagaimanapun hukuman ditangguhkan sehingga ke peringkat rayuan kelak.

CATEGORIES
TAGS