Netizen selar Pemuda Pas Terengganu claim I-SINAR KWSP seolah kejayaan mereka

Netizen selar Pemuda Pas Terengganu claim I-SINAR KWSP seolah kejayaan mereka

“Tahniah juga kepada Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang dalam ucapannya di parlimen tempoh hari mencadangkan agar moratorium secara bersasar dan pengeluaran wang kwsp akaun 1 diterima tanpa bersyarat kerana ianya tiada dalam RUU Perbekalan untuk dibincangkan dalam Dewan Parlimen. Bahkan beliau mencadangkan agar ahli parlimen kerajaan duduk semeja dan bincangkan yang terbaik buat Rakyat.”

Berikut diatas adalah kenyataan media Ketua Pemuda PAS Terengganu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat mengeluarkan wang dari akaun 1 kwsp, dan telah mendapat kecaman rakyat kerana seolah cuba mengambil merit kejayaan ini sebagai kejayaan mereka.

Sebelum ini ,UMNO dan juga parti pembangkang Pakatan Harapan mendesak agak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang mereka dar akaun satu simpanan KWSP serta melanjutkan moratorium pinjaman dan tiada gesaan serupa dibuat oleh pemimpin PAS, bahkan apabila Najib Razak membawa syarat ini sebagai syarat sokongan belanjawan, Ahmad Fadhli menyebut ia sebagai syarat Puteri Gunung Ledang.

Antara komen pada page Pemuda PAS Terengganu menulis;

“Hebatnya kamu, bangga dan megahnya kamu mendabik dada kononnya berjaya dlm perjuangkan membela rakyat walhal apa yg Di banggakan sangat tidak menyeluruh ke setiap golongan rakyat.. Masih bersasar dgn syarat yg ketat.. Walhal idea ini telah di cetuskan dan di perjuangkan sehingga kini oleh Dato Seri Najib Razak… Shame on u”

“ingatkan indonesia je kaki claim”

“MasyaAllah…nak claim credit jugak mcm Bersatu… By the way a million thanks to Dato Seri Najib 🥰”

Selain itu terdapat komen yang mengkritik polisi pengeluarkan yang dibenarkan

“Sebelum buat kenyataan sila buat semakan dahulu. Anda Tiada sensitiviti terhadap rakyat yang memerlukan. Turun dan tengok apa masalah rakyat sekarang. Syarat yang ditetapkan oleh KWSP tidak mendapat sambutan yang positif oleh pencarum. Kerana pengeluaran tersebut adalah bersasar bukan terbuka dan pengeluaran tersebut juga tidak sekali gus (ONE-OFF) yang dipraktikan oleh kebanyakan NEGARA LUAR. Kerajaan luar negara tidak perlu tunggu belanjawan dan ia dibenarkan pengeluaran serta merta. Kenapa KWSP terlalu membuat keputusan yang tak konsisten yang memeningkan kepala sendiri?Laksanakan seperti negara luar lakukan,selepas itu habis cerita. FULLSTOP. Rakyat/Pencarum tidak mahu dengar Rm60,000 semua,mereka hanya minta ONE-OFF Rm10,000 dan terbuka kepada semua. Lebih Baik sekiranya anda DELETE posting yang mengampu ini Sebab anda tiada langsung membantu dalam permasalahan ini.Terima kasih 😊”

“Siapa yg menarik nafas lega tu? sebahagian?? Habis dalam malaysia ni hanya terjejas pendapatan sebahagian aja kah? PKPB,PKPD,PKP itu utk siapa? dikala bossku terus menerus berjuang utk rakyat manakala Sebahagian ahli Pas ibarat duduk di sofa sambil berhibur! Yg sorang cakap puteri gunung ledang! yg sorang bergambar seolah2 Menang kita Teguh bersama itu sudah mendapat kata putus! Pas hari ini baru sahja dapat duduk di blok kerajaan, dimata rakyat anda sedang dinilai.. Jangan lupa itu Anda dinilai tahap kemampuan utk membela nasib rakyat. Jangan anda ingat pakai lebai apa kamu kata itu adalah benar!!”

CATEGORIES