Netizen Dakwa Agihan Tanah Oleh Kerajaan Terengganu Tidak Telus

Netizen Dakwa Agihan Tanah Oleh Kerajaan Terengganu Tidak Telus

Rakyat Terengganu menyuarakan rasa kesal terhadap agihan tidak adil oleh kerajaan negeri Terengganu. Perkara terbabit disuarakan sendiri oleh nitizen di page Menteri Besar, Dr. Samsuri.

Antara yang memberi komen adalah Izzuddin Norrahman, beliau mengesa agar kerajaan PAS agar meniru kaedah UMNO yang membuka permohonan secara online dan segala keperluan dokumen diserahkan secara atas talian.

Beliau kesal, kerana tanpa mengetahui bila permohonan dibuka tetapi tiba tiba dah ada orang dapat.

“YB..bleh x buat mcm umno dulu..bukak permohonan online ..isi situ trus dan upload dokumen2 peribadi..masukkan dalam sistem…kalau dpt maklumkan je”

“Ni x..permohonan RTB pun xtau bila, tau2 dah dapat dah, org yg ada 2 bini 20 anak pun dah dpt siap nk jual…kami 1 pun pun xdpt lg…”

“Mintak pembahagian secara telus..manifesto 1 lot tanah utk sorg anak ganu”

Izzudin menggesa agar pembagian dilakukan secara telus.

Selain itu, penulis yang bernama Za Aiza berkata agar Izzuddin jangan berharap untuk mendapat tanah, kerana menurutnya beliau sendiri sudah bertanya pejabat tanah tapi tiada hasil.

“dok soh arap la…ambe tye doh jbt tanoh..staff ye cakap lain kerajaan naik…pemohonon otomatik beng…ambe.pemohon 2017..temuduga beradong doh..tunggu je….emmm pilih kasih gok kerajaan ni….dok wo wa wo wa kate hok dulu…”

Beliau turut mendakwa kerajaan Terengganu bersifat pilih kasih dalam soal ini.

CATEGORIES