Netizen Luah Rasa Menyesal Undi PAS DI Terengganu

Netizen Luah Rasa Menyesal Undi PAS DI Terengganu

Setelah 3 tahun Terengganu menukar kerajaan negeri, kini rata rata netizen meluahkan rasa menyesal kerana mengubah pentadbiran kerajaan negeri dari BN kepada PAS.

Luahan dalam group facebook ” Terengganu kite” mendapat respon ramai pengguna yang rata rata mengaku memberi undi kepada PAS pada PRU14 lalu namun kini menyesal.

Adeq Kuya meluah rasa menyesalnya kerana satu satunya yang diperoleh sejak PAS mentadbir adalah minyak motor free beberapa hari lepas PAS menang pru14.

“Jujur aku ckp..aku mmg pakoh beliau mse pru14 aritu..sejok ye ambik alih pentadbiran tranu ni aku cume ingt dan penoh merase hasilnye sebende je,ye payung sek sek muto isi minyok penoh staki. Mse ni hri ke 3 atau pn hri ke 4 ye bru ambik alih tranu ni. Phtu sapa ke arini tahik cicok sutir dok napok nitah”

Najwa Wawa pula mendakwa sewaktu BN memerintah banyak bantuan diperoleh namun setelah PAS mengambil alih, hanya dapat kurma sekotak pada musim puasa.

“BN memerintah byk gk blh bantuan..pas memerintah blh kurma Jew sebekas 👏👏 dgr Cite ada bantuan bakul mknan tp xprnh spa pom umh 😌😌 wase nysal plk undi pas 😅😅”

Muhamad Ariffin Anuar pula menyifatkan PAS parti kroni, sekiranya tiada hubungan kekeluarga dengan mereka maka tidak akan berpeluang mendapat bantuan,

“pas.. parti anak sedara.. kalu xdk kene mengena xsoh beng angin laa nk mnde2..” tulis Ariffin.

CATEGORIES