Netizen Kesal EXCO Pas Bangga Pamer Langgar SOP

Netizen Kesal EXCO Pas Bangga Pamer Langgar SOP

Netizen rata rata menyuarakan rasa kesal dengan tindakan Adun Jabi, Azman Ibrahim yang bertindak “makan moreh” selepas solat tarawikh di Surau Kg Gerong walaupun kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti moreh adalah dilarang.

Namun, tinjauan Terengganufokus ke facebook Azman mendapati post terbabit tiada dari facebooknya,namun Satu gambar posting Azman Ibrahim yang ditangkap layar dari facebooknya oleh penama Mohd Haikal menunjuk aktiviti makan moreh itu bersama ahli kariah surau.

“Jangan kata apa apa, pakcik angkat pinggan letak atas riba terus. Sedap sangat moreh bubur lambuk Surau Kg Gerong malam ini, nikmat hidup berjemaah, alhamdulillah” tulis Azman dengan bangga.

Posting Azman terbabit ditangkap layar oleh Haikal dan dikongsikan dalam group Facebook “Terengganu KITE” ,

“belang2 org kate jangan langgor sop… haih penat wehh main dgn kluster kayangan ning.. Mentang2 jadi Yb gok habis mende langgor… Kerajaan jugok yg kabo xleh buat majlis buka n moreh di masjid sura.. Mg buat dasor tp mung yg langgor… Nok marohhh wehh waseaan pose2 ning.. natang sungguh laa..”

Perkongsian Haikal mendapat 160 komen dengan majoriti kesal dengan tindakan Azman namun beberapa mengancam Haikal akan mendapat dosa kerana menyebarkan fitnah.

Mohd Kamil antara yang pertama mempersoalkan, mengakui seorang yang menyukai Azman namun meminta penjelasan diberikan.

“Dr Azman Ibrahim guane ni yb.. dok rok cetong gini.. sy suke yb, tp tgk post ni mcm xkene pulok.. hrp dpt bg pnjelasan”

Nurul Are-Syikin pula memberi sindiran bahawa undang undang hanya untuk orang miskin, bukan orang kayangan merupakan kepada ahli politik PAS, PN.

“Mu kena paham undang2 hanya untuk rakyat marhaen yang miskin, orang2 vvip , kayangan terkecuali 😌”

Zuhelmi Majid juga menyuarakan rasa kesal dan bertanya Azman bukankah Terengganu melarang moreh ini.

“Aduhhhhh… Guane gini YB Dr Azman Ibrahim , ambe cukup suka dan kagum dgn YB.. Bukan ke sejid sura dlm tranung nim dokleh moreh gini YB…”

Danisya Aisyah pula bertanya samada ia gambar ori atau palsu, sekiranya ori menurutnya memang berat nanang, kerana rakyat bahawahan serba serbi tak boleh.

“Posting ori ke fake tu? Kalu ori memang berat nanang ar..rakyat bawahan serba serbi xleh.”

Walaupun ada yang mendakwa gambar tersebut sebagai gambar lama, namun rata rata individu dalam gambar terbabit memakai pelitup muka dibahagian dagu masing masing.

Zeck Zeck pula meluahkan rasa meluat kepada pemimpin PAS yang besar kepala dan tidak mengikut undang undang.

“Makin meluat aku tgk org2 pas.. Dia punya besar kepala tak boleh ikut undang2.. Benci aku..”

https://web.facebook.com/photo?fbid=533770037994634&set=gm.2891884927794341

Terdahulu, kerajaan negeri menetapkan Jamuan berbuka puasa tidak dibenar diadakan di semua masjid dan surau seluruh Terengganu sepanjang Ramadan yang dijadual bermula 13 April 2021.

Turut dilarang ialah moreh dan jamuan sahur.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata ketetapan itu bertujuan membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.

CATEGORIES