Netizen berang penutup longkang tiada, kereta jadi mangsa

Netizen berang penutup longkang tiada, kereta jadi mangsa

Satu luahan tidak puas hati diluahkan oleh seorang pengguna Facebook dalam satu kumpulan bernama Gabungan Anak Terengganu apabila kereta yang dinaikinya melanggar lubang yang sepatutnya ditutup dengan penutup longkang.

Zetty Noor Najiha Sahrom dalam satu kemaskini statusnya berkata sepatutnya MBKT baiki penutup longkang yang rosak.

“ambil tindakan sewajarnya…sebelum ramai yg kena…”

Zetty juga memuatnaik gambar kenderaannya yang menunjukkan sebelah tayar hadapan telah termasuk ke dalam lubang yang tidak ditutup dengan penutup longkang.

Dalam satu gambar lain, lubang tersebut hanya ditandakan dengan pokok, tidak diketahui sama ada pokok itu tumbuh disitu atau memang sengaja diletakkan disitu bertujuan memberikan amaran kepada pengguna lain tentang keadaan lubang disitu.

“Lokasi (di) Gong Badak dekat Mega Lace dan JnT” Tambah Zetty

Netizen lain juga telah memberikan maklumbalas kepada menyatakan bahawa perkara tersebut telah bertahun seperti itu.

Ada juga yang memerli supaya kereta menteri jatuh dalam lubang, dalam 24 jam boleh selesaikan masalah ini.

Sumber : https://www.facebook.com/groups/gabungananakterengganuoriginalofficial/?notif_id=1613808414028166&notif_t=group_r2j_approved&ref=notif

 

CATEGORIES