Nazri Aziz Tidak Faham Mengapa Annuar Musa Begitu Menyokong Perikatan Nasional

Nazri Aziz Tidak Faham Mengapa Annuar Musa Begitu Menyokong Perikatan Nasional

Ahli parlimen Padang Rengas, juga merupakan pemimpin UMNO, Nazri Aziz membidas Annuar Musa yang dilihat menyokong Perikatan Nasional yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin.

Annuar sebelum ini membantah kenyataan timbalan presiden UMNO, Mohamad Hasan,bahawa Umno mesti mengkaji semula kerjasama dengan PN. Menurut Mohamad, UMNO dipinggirkan di Sabah walaupun menjadi parti dominan terbesar di negeri itu. Oleh itu, UMNO mesti memikirkan semula strtegi politiknya, namun pandangan Mohamad dibantah oleh Annuar yang mendakwa UMNO diberi peranan besar di Sabah dan faktor UMNO gagal mendapat jawatan Ketua Menteri adalah kerana kesalahan UMNO sendiri.

Nazri Aziz dilihat tidak selesa dengan perkembangan ini, “Saya tidak faham mengapa Annuar begitu menyokong Perikatan Nasional, jika dia menyokong mereka sangat, dia boleh pergi dan masuk PPBM,” sindir Nazri.

“Annuar tidak mewakili Umno dan ahli Parlimennya. Siapa Annuar Musa berbanding Tok Mat (Mohamad Hasan)? Tok Mat mengalahkan Annuar dalam merebut jawatan timbalan presiden, beliau menang, Annuar kalah,” kata Nazri.

CATEGORIES