Najib Mahu Khairudin Takiri Di Dakwa

Najib Mahu Khairudin Takiri Di Dakwa

Najib Razak, mahu pemimpin PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib selepas gagal tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki.

Walaupun Kementerian Kesihatan mengenakan denda RM1,000 namun rakyat tidak berpuas hati dengan perkara terbabit kerana ramai individu lain yang melakukan hal sama, dikenakan hukuman lebih berat.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook hari ini.

Najib mendakwa beliau bukan mengecam PAS, sebaliknya sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara.

Perlu dilihat tiada hukuman double standard dikenakan.

Nama Khairudin menjadi perbualan hangat sebelum ini apabila gagal kuarantin diri dan bersifat seperti tidak apa ap berlaku, dan apabila menimbulkan kemarahan rakyat , beliau hanya meminta maaf dan berjanji memulangkan beberapa bulan gajinya.

Rujukan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/07/najib-mahu-menteri-pas-diheret-ke-mahkamah-atas-dakwaan-langgar-arahan-kuarantin/

CATEGORIES