Najib Dakwa Ramai Akar Umbi UMNO Mahu Pimpinan Tolak Kerjasama Dengan PN

Najib Dakwa Ramai Akar Umbi UMNO Mahu Pimpinan Tolak Kerjasama Dengan PN

Buat kali pertama, bekas Presiden UMNO, Najib Razak mengulas panjang berkenaan hubungan UMNO dan PPBM. Ia timbul selepas Biro Politik UMNO semalam mengeluarkan kenyataan untuk pertimbangkan sokongan pada kerajaan PN dan meletakkan syarat.

Keputusan tersebut merupakan keputusan sebulat suara Biro Politik UMNO dan disokong oleh semua ketua perhubungan setiap negeri.

Najib mendakwa keputusan terbabit dibuat setelah mengambil kira suara akar umbi.

Menurut Najib, Jika akar umbi tak mahu, pemimpin UMNO tidak akan membuat keputusan.

Najib juga mendakwa, sewaktu Mahathir meletak jawatan Perdana Menteri , UMNO lebih cenderung untuk membubarkan parlimen namun, Majlis Raja-raja tidak bersetuju dan UMNO diminta untuk memberi sokongan untuk mewujudkan kerajaan PN walaupun ramai penyokong dan akar umbi UMNO masa itu juga membantah kita bekerjasama dengan PPBM sebab PPBM telah banyak mengambil Ahli Parlimen serta ahli parti UMNO.

Menurut Najib, walaupun setelah berbulan selepas kerajaan PN dibentuk, ramai yang juga mahu pimpinan Umno tolak PN dan kukuhkan MN kerana mereka percaya jika UMNO tidak membentuk kerajaan PN bersama, PPBM serta geng yang lompat keluar PKR untuk masuk PPBM juga akan terkubur pada PRU15.

Namun apabila Umno menyokong PPBM membentuk kerajaan, apabila berlaku PRN Sabah, PPBM mengambil kerusi UMNO dan turut letak calon bebas untuk pecahkan undi BN.

Beliau juga menyebut kenyataan dari ketua Armada PPBM serta perkongsian kuasa yang di lihat berat sebelah telah terus membakar ketidakpuasan dan kemarahan ramai ahli-ahli UMNO.

Najib juga tidak berpuas hati apabila penganti Muhyiddin adalah Azmin dan bukan dari Umno dan posisi penting dalam kerajaan termasuk menteri ekonomi dipegang PPBM.

Najib turut kesal tiada seorang pun dari UMNO atau PAS dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi untuk melawan Covid Sebaliknya, individu seperti boss The Edge dilantik ke dalam pula. bersama tiga orang menteri PPBM.

CATEGORIES