Nafi Tipu, Dakwa Hanya Salah Kira

Nafi Tipu, Dakwa Hanya Salah Kira

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahya menjelaskan dirinya tiada niat menipu Dewan Rakyat selepas menandakan Nazri Abdul Aziz (BN- Padang Rengas) sebagai menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dalam pengundian belah bahagi semalam walaupun Padang Rengas tidak berada disitu.

“Saya tidak pasti, sehingga membuat aduan. Tapi saya yakin bahawa Padang Rengas ada pada ketika itu. Tapi, saya tidak ada niat untuk menipu dewan atau pun membuat suatu perkara yang bercanggah dengan peraturan dewan.

“Saya telah memaklumkan kepada speaker dengan ikhlas, saya tidak menyembunyikan perkara ini dan saya telah memohon maaf kepada speaker. Jadi, terpulang kepada speaker, tapi jangan tuduh saya ada niat untuk menipu dan sebagainya,” kata Shahbudin

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa jumlah ahli parlimen yang menyokong perbelanjaan dan pengurusan Kementerian Kewangan di peringkat jawatankuasa semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti yang diumumkan.

CATEGORIES