[MUKTAMAR] – Pemimpin PAS Sabah Desak Pimpinan PAS Jaga Mulut

[MUKTAMAR] – Pemimpin PAS Sabah Desak Pimpinan PAS Jaga Mulut

Perwakilan Sabah hari ini mengesa pimpinan PAS Pusat, dipercayai Nik Zawawi untuk berhati hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan timbul masalah kepada parti di Sabah Sarawak.

Zawawi sebelum ini mendakwa kitab injil dipesongkan sekaligus telah menguris hati masyarakat kristian di Malaysia.

“Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai dengan di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi sangat tidak sesuai dengan Sabah dan Sarawak.

“Yang boleh menimbulkan sentimen, menimbulkan konflik, yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami. Saya ingin menekankan keadaan ini sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.

“Sebab sentimen ini kadang-kala kita rasa kecil tetapi sebahagian masyarakat yang berada di lapangan yang berhadapan dengan kami boleh menjadi satu sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir daripada masyarakat,”

Nik Zawawi tetap mempertahankan kenyataan tersebut dan enggan meminta maaf, namun bersedia untuk berdialog dengan wakil pihak kristian.

CATEGORIES