Mukhriz Dakwa Ada Cubaan Pihak Tertentu Halang Permohonan Pendaftaran Pejuang

Mukhriz Dakwa Ada Cubaan Pihak Tertentu Halang Permohonan Pendaftaran Pejuang

Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir mendakwa kemungkinan ada pihak cuba menghalang pendaftaran pertubuhan parti Pejuang secara sah dengan ROS kerana hingga kini permohonan pendaftaran parti itu masih tidak diterima sedangkan mereka telah melengkapkan segala dokumentasi diperlukan.

“Daripada pandangan saya, memang ada, jika tidak ia sepatutnya telah boleh diluluskan. Jika ikut petunjuk prestasi utama (KPI) ROS, mereka ada garis masanya. Jadi, apa guna ada KPI seperti itu, jikalau dia tidak maklum kepada kita apa lagi yang diperlukan.” kata Mukhriz

Mukhriz berharap ROS dapat meluluskan pendaftaran Pejuang dan Pejuang berharap dapat aktif dalam politik secara sah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15

Mukhri turut memberitahu masih tidak menerima sebarang surat rasmi daripada ROS dan apa jua kekurangan yang dimaklumkan hanya melalui interaksi secara bersemuka sebelum ini.

Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/110279/BERITA/Politik/Mukhriz-dakwa-ada-cubaan-halang-pendaftaran-Pejuang

CATEGORIES