Mujahid Perlu Bertanggungjawab Bila Sajat Bertudung – Defendan

Mujahid Perlu Bertanggungjawab Bila Sajat Bertudung – Defendan

Defendan kes saman Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Mujahid sepatutnya tidak tersinggung dengan kritikan yang dilontarkan masyarakat khususnya pengamal media berhubung artikel kontroversi bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan’.

Mujahid kemudiannya memfailkan saman pada 12 Ogos lepas dan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, sebagai defendan.

Ketiga-tiga defendan mendakwa mereka telah melaksanakan tanggungjawab sebagai penulis dan pengamal media untuk membuat laporan berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Mujahid dan mereka tidak pernah mempunyai apa-apa niat jahat terhadap bekas menteri itu dalam penerbitan artikel berkenaan kerana ia adalah berdasarkan ulasan saksama.

Sementara itu,BERNAMA melaporkan peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Mujahid, memberitahu pemberita bahawa saman tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya pada 23 Okt secara e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Atikah Muhammad bagi mendapatkan pemfailan dokumen.

Naib Presiden AMANAH itu mendakwa kata-kata fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang yang tidak bertanggungjawab apabila membenarkan masyarakat, khususnya yang beragama Islam, terlibat dalam aktiviti ‘Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT)’ dan plaintif juga didakwa menjadi punca kepada tindakan Sajat memakai telekung serta berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah.

Beliau juga menuntut perintah agar defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya atas kenyataan fitnah itu dan ia perlu diiklan atau diterbitkan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

Penyataan tuntutan Mujahid juga meminta defendan menarik balik artikel yang diterbitkan itu serta memberi aku janji tidak akan menulis dan melaporkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya serta memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus memberi komen berunsur fitnah terhadap dirinya.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/547196?utm_source=mkini_desktop&utm_medium=website&utm_campaign=trending_feed_box&utm_content=my-most_read

CATEGORIES