Muhyidin Dakwa Politik Gaya UMNO Sudah Tidak Releven

Muhyidin Dakwa Politik Gaya UMNO Sudah Tidak Releven

Presiden BERSATU, Muhyddin Yassin berkata politik identiti atau politik ras dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan keturunan di negara ini tidak boleh berterusan di Malaysia walaupun ia tidak boleh dihapuskan secara keseluruhan kerana Malaysia merupakan negara majmuk.

Hingga kini, UMNO merupakan parti politik berasaskan identiti kaum melayu islam di Malaysia.

Menurut Muhyiddin, dengan kemudahan media sosial hari ini, masyarakat mudah tersentuh apabila isu berkaitan kaum, agama, dan pendapatan dibangkitkan, menyebabkan ia menjejaskan hubungan antara kaum.

“Masing-masing ada sentimen, walaupun begitu ia tidak harus membawa kesan tidak baik. Contohnya pengagihan kekayaan dalam negara, orang Melayu yang menjadi sebahagian besar komponen dalam masyarakat merasakan belum cukup dibela.Mereka merasakan perlukan lebih lagi pembelaan walaupun dahulu sudah pun ada Dasar Ekonomi Baru, namun apabila kita teliti sekarang, banyak ketirisan dan perkara yang tidak baik berlaku menyebabkan rasa tidak puas hati masih ada,” tambah Muhyidin

Menurut Muhyiddin perasaan dan isu yang sama turut dirasai oleh kaum lain dalam negara seperti Cina dan India yang merasakan ada dalam kalangan mereka tidak berupaya yang miskin dan berpendapatan rendah. Perasaan sama juga wujud di kalangan mereka.

“Persoalannya apa dasar dan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak lakukan supaya dalam keadaan hendak address (menangani) kepincangan dan kelemahan tadi, ia tidak dilihat sebagai satu tindakan yang berbentuk perkauman dan mirip memilih kaum sahaja dan melupakan pihak lain”

Solusinya adalah dasar kemakmuran bersama dilihat antara penyelesaian dalam menangani masalah itu dalam tempoh 10 tahun mendatang, termasuk dalam soal merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

CATEGORIES