Muhyiddin Takut Terima Soalan Wartawan

Muhyiddin Takut Terima Soalan Wartawan

Kolumnis Sinar Harian, Awang mendakwa sejak Muhyiddin Yasin menjadi perdana menteri sejak februari, dia tak pernah adakan sidang media terbuka iaitu tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media dengan wartawan.

Menurut Awang, Muhyiddin mungkin ‘dipagari’ oleh penasihat media beliau. Tambah beliau lagi, jika Semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang awal memang tak ada kesempatan Muhyiddin bersemuka dengan wartawan namun teknologi sekarang ada perbagai cara untuk Muhyiddin berinteraksi dengan wartawan. Namun perdana menteri yang dilantik setelah langkah sharaton itu masih tidak membuka ruang untuk wartawan bertanya soalan sebaliknya memilih untuk membuat perutusan sahaja.

Dikatakan belum pernah dalam sejarah seorang Perdana Menteri hanya guna acara perutusan sekaligus menyebabkan wartawan tidak dapat bertanya soalan terutama dalam isu isu besar berlaku dalam negara termasuklah khabar Anwar akan bertemu YDPA.

….

Baca artikel tersebut : https://www.sinarharian.com.my/article/104648/SUARA-SINAR/Awang-Paku-Serpih/Abah-kena-jumpa-media

CATEGORIES