Muhyiddin Tak Perlu Bimbang, MP BN Akan Sokong Belanjawan

Muhyiddin Tak Perlu Bimbang, MP BN Akan Sokong Belanjawan

Presiden UMNO yang juga merupakan Pengerusi BN, berjanji bahawa kesemua MP BN akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

“Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan ahli Dewan Rakyat seramai 43 orang yang bermesyuarat pada 3hb November 2020 telah bersetuju sebulat suara akan terus memberi sokongan tanpa berbelah bagi ke atas Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6hb November 2020, begitu juga dengan semua Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan oleh pihak kerajaan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Senada dengan Pakatan Harapan, BN turut mengesa kerajaan menyambung moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan lagi dan sepakat supaya Perdana Menteri mempertimbangkan untuk meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang layak.

Belanjawan ini akan menguji jumah sebenar sokongan yang dimiliki Muhyiddin Yassin yang tidak pernah dibuktikan diparlimen semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri dari akhir Februari.

Sebelum ini tular surat sokongan yang ditandatangi Zahid dan Najib menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

CATEGORIES