Muhyiddin Dakwa Tiada Pilih Kasih dalam Kuarantin

Muhyiddin Dakwa Tiada Pilih Kasih dalam Kuarantin

Langkah kuarantin yang diwajibkan kepada individu berpotensi bagi mengekang penularan wabak covid19 adalah membabitkan semua pihak dan menurut Muhyidin Yassin, kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih.

“Mengenai isu kuarantin, saya ingin tegaskan tidak ada double standard dalam mematuhi arahan kuarantin.

“Saya sendiri pada masa ini sedang menjalani kuarantin di rumah setelah saya mempengerusikan satu mesyuarat yang dihadiri oleh seorang menteri yang disahkan positif Covid-19.

“Ini adalah SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebagai perdana menteri saya tidak terkecuali daripada tertakluk kepada SOP.

“Covid 19 tidak mengenal pangkat atau darjat. Virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan oleh kerana itu SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mesti dipatuhi oleh semua orang,” katanya.

Seramai 7 menteri dan 6 timbalan menteri memulakan kuarantin hari ini SELEPAS Seorang ahli kabinet disahkan positif covid19.

Namun nitizen pertikaikan kenyataan terbabit dan mendakwa kuarantin dibuat hanya setelah berlaku dan tidak bersifat mencegah lebih awal

CATEGORIES