Muhyiddin Beri Dalih Elak Jumpa Wakil UMNO

Muhyiddin Beri Dalih Elak Jumpa Wakil UMNO

Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin didakwa mengelak berjumpa dengan pimpinan Umno berkenaan tuntutan baharu dari UMNO bagi mempastikan gabungan yang membentuk kerajaan PN tidak tumbang.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan syarat baru kerjasama politik antara UMNO dan BERSATU, namun beberapa siri percubaan pimpinan UMNO untuk bertemu Muhyiddin sejak mesyuarat MT UMNO sebelum ini, gagal.

Menurut laporan Malaysiakini, Muhyiddin sepatutnya berjumpa dengan seorang pemimpin utama Umno pada Rabu atau Khamis minggu lepas tetapi dibatalkan kerana Muhyiddin terlalu sibuk, percubaan selepas itu juga gagal apabila Muhyiddin beritahu dia perlu ke Pagoh untuk bertemu rakyat.

Menurut sumber sama dari Malaysiakini, kerjasama antara Umno dan Bersatu bergantung persetujuan kedua-dua pihak dalam isu syarat ini, tambahnya, walaupun UMNO memberi sokongan kepada kerajaan PN namun samada sokongan ini kekal atau tidak bergantung kepada maklumbalas Muhyiddin terhadap syarat yang dikemukakan oleh UMNO.

Terdahulu, Umno membuat keputusan akan meneruskan sokongan kepada Muhyiddin namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik. Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh UMNO bagi mengkaji syarat syarat yang dikemuka.

MT Bersatu yang dihubungi wartawan menafikan Muhyiddin mengelak untuk bertemu UMNO.

CATEGORIES