Muafakat Nasional Dijangka Bubar Jika Anwar Angkat Sumpah Perdana Menteri

Muafakat Nasional Dijangka Bubar Jika Anwar Angkat Sumpah Perdana Menteri

Setelah PAS mengeluarkan kenyataan mendesak UMNO memberi penjelasan berkenaan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa sebilangan ahli parlimen mereka menyokong Anwar, UMNO membalas dengan mengatakan UMNO juga mahukan penjelasan dari PAS yang menyertai Perikatan Nasional.

Menurut ketua pemuda UMNO, Ashrafff Wajdi , UMNO tidak pernah membelakangi Pas jauh sekali untuk mengkhianati prinsip bersama sebagaimana yang digariskan dalam Piagam Muafakat Nasional, beliau meminta PAS memberi fokus kepada pilihan raya Sabah dulu kemudian parti masing masing boleh dapatkan penjelasan semasa mesyuarat induk Muafakat Nasional yang akan diadakan pada minggu depan.

Tambah Ashraf lagi, PAS juga memerlukan penjelasan PAS berhubung penyertaan PAS sebagai salah satu komponen dalam Perikatan Nasional yang mana UMNO telah mengumumkan menarik diri dari gabungan itu.

PAS dilihat telah membelakangi UMNO dengan tindakan melebihkan BERSATU dan Muhyiddin setelah dilantik sebagai menteri dan perbagai jawatan dalam GLC. PAS juga mendahului Muafakat Nasional apabila mengumumkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri selepas PRU15 kelak.

Pertembungan dalaman PAS dan UMNO mula ketara apabila BN langsung tidak memperuntukkan kerusi kepada PAS di Sabah walaupun dirayu oleh pimpinan PAS sekurangnya untuk bertanding, dan PAS rela bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Namun permintaan PAS tidak dilayan.

Pemuda PAS kemudiannya mengeluarkan usul untuk PAS bertandig sekurangnya di 50 kerusi parlimen dan 3 negeri penuh iaitu Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Usul ini kemudiannya menimbulkan rasa tidak senang pemimpin UMNO, namun BERSATU Terengganu menyokong PAS bertanding lebih kerusi di negeri itu.

Penganalisis politik, Shahril Abdullah Nawi dari RencanaCentra mendakwa , sekiranya Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, drama salah menyalahkan akan mula berlaku dan tidak lama sebelum Muafakat Nasional akhirnya terpecah, kemungkinan tanpa nisan.

CATEGORIES