MT Bersatu Dakwa Muhyiddin Lebih Baik Dari Mahathir

MT Bersatu Dakwa Muhyiddin Lebih Baik Dari Mahathir

Ahli MPT BERSATU, Razali Idris yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu berkata prestasi kerajaan PN kini sebenarnya lebih baik berbanding ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr Mahathir Mohamad, lapor Portal Freemalaysiatoday.

Menurutnya, perbagai inisiatif dan pakej rangsangkan ekonomi diperkenal oleh PN untuk rakyat B40 yang terkesan dengan penularan Covid19.

Razali turut mempersoalkan apa yang Mahathir lakukan ketika Covid mula mula menular dalam negara, yang menurutnya tidak berbuat apa apa.

“Pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi diperkenalkan untuk menyokong ekosistem ekonomi khususnya rakyat B40 yang paling terkesan berdepan Covid-19.

“Mahathir apa dia buat masa mula-mula Covid-19 menular dalam negara? Tiada apa-apa. Bila PN buat macam-macam (dia) serba tidak kena. Kita kena sedar, ketika ini rakyat masih boleh buat kerja, majoriti masih setuju (kepada kerajaan).

“Walaupun ada beberapa perkara tidak dipersetujui tetapi itu biasa. Bukan semua kerajaan sempurna,” katanya.

Mahathir yang merupakan bekas pengerusi BERSATU kini mengetuai Pejuang setelah dipecat dari parti yang diasaskan oleh nya sendiri itu.

CATEGORIES