MP UMNO Sokong Anwar, Azmin Dakwa Itu Pandangan Peribadi Zahid

MP UMNO Sokong Anwar, Azmin Dakwa Itu Pandangan Peribadi Zahid

Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Azmin Ali mendakwa kenyataan Presiden UMNO, Zahid bahawa ramai ahli parlimen UMNO menyokong Anwar sebagai pandangan peribadi Zahid dan tidak mewakili MP UMNO.

“Itu pandangan peribadi beliaulah. Kita lihat ada kenyataan pemipin-pemimpin tertinggi BN yang menyatakan dengan tegas bahawa Umno kekal bersama PN…Kerana ini sebuah kerajaan yang telah terbukti dalam tempoh begitu singkat melaksanakan beberapa inisiatif yang akhirnya mendapat pengiktiraafan dunia. Saya percaya semua pihak dapat melihat perkara ini, kecuali satu dua watak (ahli politik) yang terlalu rakus dan gila kuasa,” kata Azmin.

Zahid sebelum ini memberitahu dia dimaklumkan ramai ahli parlimen UMNO yang menyokong Anwar dan beliau menghormati pendirian mereka.

Azmin juga mengatakan adalah “sangat jauh” untuk Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Azmin turut mendakwa terdapat pihak dalam PH sendiri yang mempertikaikan kenyataan Anwar kerana “kenal dengan watak Anwar Ibrahim”.

“Saya pun tak tahu daripada mana dia nak kutip (sokongan). Dari tepi jalan, tak tahulah.”

CATEGORIES