Mohamad Sabu Enggan Maki Mahathir

Mohamad Sabu Enggan Maki Mahathir

Presiden AMANAH , Mohamad Sabu dalam satu kenyataan menyebut walaupun ada suara menasihatkan beliau untuk meninggalkan Tun Dr Mahathir dan menghentam beliau, namun beliau katakan tidak kerana telah bekerjasama dengan Mahathir , bersama melawan Najib Razak jadi adalah mustahil untuk beliau memaki hamun Mahathir.

“Hal yang sama berlaku dalam perhubungan dengan Tun Dr Mahathir. Apabila ada suara menasihatkan saya untuk meninggalkan Tun Dr Mahathir dan menghentam beliau, saya katakan tidak. Kita telah bekerjasama dengan beliau, sama sama sepentas melawan kerajaan Kleptokrat yang sangat berkuasa, mengenali diantara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun beliau.” tulis beliau.

“Apabila YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan kumpulannya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) dan ingin bekerjasama dengan PAS, pada peringkat awalnya, saya agak sukar menerima kerjasama tersebut. Saya lebih cenderung bekerjasama dengan Parti Islah. Tetapi apabila Parti membuat keputusan untuk bekerjasama dengan PMS46, maka saya mendokong keputusan parti dan bekerja keras termasuk berceramah ke seluruh negara sepentas dengan pemimpin PMS46 termasuk Tengku Razaleigh sendiri. Pada tahun 1999, apabila Pas hendak bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional dalam Barisan Alternatif (BA), saya tidak bermasalah kerana yang memimpin Keadilan adalah mereka yang pernah terlibat di dalam gerakan gerakan belia termasuk ABIM, tokoh tokoh akedemik dan gerakan sivil serta vateran veteran politik tanah air yang sangat kita kenali.” tulis beliau lagi

“Ketika berlawan dengan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad, kita lawan bersungguh sungguh sehingga ditahan ISA sebanyak dua kali 1984-1986 dan 1987-1989. Pelbagai kata dan hentaman telah saya tujukan kepada Tun Mahathir dalam ucapan ucapan ketika melawan BN dan Tun Mahathir Ketika itu. Tetapi apabila beliau menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia dan seterusnya menubuhkan Parti Bersatu untuk melawan kerajaan BN pimpinan Najib Razak, serta menghulurkan tangan untuk bekerjasama, maka kita terus bekerjasama dan bergabung di bawah Pakatan Harapan. Kerja keras yang kita lakukan telah berjaya di dalam pilihanraya yang lalu dan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018. ”

Mohamad juga berkata, setelah bergabung, adalah sukar untuk berpisah kerana akan sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaan silam. Menurutnya perkara ini akan membuahkan hasil. Tambah beliau, perkara sama dalam kerjasama dengan PKR, kerana setiap pihak ada kelemahan dan kekurangan, tetapi apabila sudah bergabung amat sukar untuk berpisah disebabkan lamanya perhubungan dan kesamaan titik perjuangan.

Beliau turut mengenang Hubungan dalam Pakatan Harapan khususnya bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah hubungan yang lama sejak 20 tahun yang lalu sama sama bersusah payah dalam perjuangan yang sama.

CATEGORIES