MIC Dakwa PAS Parti Cakap Tak Serupa Bikin

MIC Dakwa PAS Parti Cakap Tak Serupa Bikin

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi mengingatkan MIC sebagai parti komponen BN, MIC perlu menggunakan saluran gabungan parti itu untuk membangkitkan sebarang isu perlantikan dalam kerajaan negeri.

MIC tidak layak untuk berunding dengan PAS sebaliknya MIC perlu berbincang dengan BN.

Terdahulu, Pengerusi MIC kedah S Ananthan menuduh bahawa PAS Kedah mengamalkan sikap pilih kasih meminggirkan wakil-wakil BN dalam pelantikan di kerajaan negeri dalam isu-isu pelantikan di dalam kerajaan negeri.

Ananthanjuga mendakwa bahawa PAS sebagai parti ‘cakap tak serupa bikin’.

“Bermula dari pelantikan ahli majlis PBT, Jawatankuasa Ketua Kampung (JKKK), Jawatan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), pelantikan di GLC dan ketua komuniti seperti pegawai dan penasihat khas komuniti India kepada menteri besar, semuanya MIC dan BN dipinggirkan.

CATEGORIES