Mesyuarat UMNO Boleh Diadakan Dibalairaya, Masih Tuduh PAS Tidak Peduli?

Mesyuarat UMNO Boleh Diadakan Dibalairaya, Masih Tuduh PAS Tidak Peduli?

Seorang penyokong PAS Terengganu mempersoalkan kenapa Muafakat Nasional (MN) di Terengganu masih tidak diperkasakan.

Muazzam Ismail dalam facebook beliau menulis bahawa di Peringkat Pusat pun sudah ada Jawatankuasa PN, seterusnya Setiap Negeri dan Kawasan/Parlimen akan menubuhkan Jawatankuasa PN namun yang menjadi Kehairanan, bila pula Muafakat Nasional, MN hendak diperkasakan di Setiap Negeri dan Kawasan?

Muazzam mengucapkan syabas kepada UMNO Pahang, Perlis dan selangor yang bertpegang teguh kepada janji piagam walaupun terdapat jawatankuasa PN di negeri negeri terbabit.

“Pahang dan Perlis yang mana UMNO berkuasa Penuh di Negeri Berkenaan, menghormati Rakan Muafakat dengan cukup baik.” tulis Muazzam

“Di Terengganu pula, Setelah PAS Terengganu menawarkan Jawatan Timbalan Exco, GLC, JPKK, Mesyuarat2 UMNO masih boleh dijalankan di Balairaya, Dewan2 Kerajaan Negeri. Peruntukan pula di berikan kepada Dun2 UMNO yang menang, jauh bezanya ketika Zaman ‘Kegemilangan’ UMNO di Terengganu.”

“Masih lagi Menuduh PAS Terengganu tidak Peduli/Menghormati Muafakat Nasional di Terengganu?
Jangan di Ulangi Zaman 2000-2004. Tun Mahathir pernah menyifatkan UMNO Terengganu ini ‘Bodoh Sombong’ kerana Menuntut Royalti di hapuskan pada Persidangan Agung UMNO, kesan dan akibatnya masih belum selesai di Peringkat Perundangan hingga ke saat ini.”

Muazzam memberi berharap kerajaan sifar pembangkang boleh diwujudkan di Terengganu sebagaimana Perlis, Kelantan dan Terengganu.

CATEGORIES