Menteri Kewangan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan BN

Menteri Kewangan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan BN

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mendakwa menteri Kewangan cukup positif terhadap syor yang dikemukana oleh pimpinan BN.

“Tengku Zafrul bersikap ‘receptive’ dan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan BN,” katanya

Menurut Annuar Musa, BN terus komited untuk bersama agenda membela rakyat oleh kerajaan Perikatan Nasional.

“Banyak perkara yang dibincangkan termasuk hasil pertemuan Pengerusi BN (Ahmad Zahid) dengan Duta Besar Amerika Syarikat sebelumnya.

“Kita juga bincang beberapa dasar parti yang kita bawa untuk ditimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Annuar Musa adalah diantara pemimpin UMNO yang berdepan “perang dingin” bersama beberapa pemimpin UMNO yang dilihat saling berbalas serangan dan kritikan kerana dilihat cenderung kepada BERSATU.

CATEGORIES