Menteri Dakwa Harga Ayam Naik Kerana Harga Dedak Naik

Menteri Dakwa Harga Ayam Naik Kerana Harga Dedak Naik

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata punca utama kenaikan harga ayam adalah kerana peningkatan kos makanan ternakan ayam.

“Terdapat pelbagai faktor kenaikan harga ayam, tetapi yang paling ketara peningkatan kos makanan ternakan ayam sejak Januari tahun ini, iaitu jagung dan soya yang diimport dari luar negara,” katanya dipetik BERNAMA

Nanta TURUT berkata, kawalan harga akan dilaksanakan di setiap peringkat rantaian pengedaran ayam, iaitu peringkat ladang, borong dan runcit, bagi mengekang kenaikan harga ayam yang berlebihan namun mendakwa penetapan harga ini tidak akan membebankan peniaga kerana disetiap peringkat rantaian pengedaran ayam sudah mendapat untung masing masing.

Beliau berkata kawalan harga ayam itu hanya melibatkan ayam hidup, ayam standard dan ayam super sahaja, semasa musim Perayaan Hari Raya Puasa.

“Harga bagi bahagian ayam yang telah dipotong tidak kawal, contohnya dada, kaki dan paha,” katanya.

Nanta memberi amaran agar harga ayam atau barangan lain tidak dinaikkan melebihi harga yang telah ditetapkan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan menjelang Hari Raya Puasa 2021 nanti.

CATEGORIES