Mat Sabu Gesa Muhyidin Letak Jawatan Secara Kehormat

Mat Sabu Gesa Muhyidin Letak Jawatan Secara Kehormat

Ahli parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu meminta Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat supaya ahli-ahli Parlimen daripada pelbagai parti akan mencari jalan terbaik untuk membentuk kerajaan dan menyelamatkan Malaysia daripada krisis kesan dari pendemik Covid-19.

“Menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menolak pengisytiharan darurat.

“Kami meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan secara terhormat,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dalam mesyuarat khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara hari ini.

Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/106968/BERITA/Nasional/SHAH-ALAM-Presiden-Parti-Amanah-Negara-(Amanah)-Mohamad-Sabu-meminta-Perdana-Menteri-Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin-meletak-jawatan-secara-terhormat

CATEGORIES