Masalah Covid19 Meruncing, Mahasiswa Tertindas, Hadi Kenang Perbahasan Agama dengan DAP

Masalah Covid19 Meruncing, Mahasiswa Tertindas, Hadi Kenang Perbahasan Agama dengan DAP

Takkala semua pihak bertungkus lumus mencari penyelesaian permasalahan menimpa negara, Duta khas Perdana Menteri ke Timur Tengah hari ini berkongsi pengalaman berbahas dengan DAP isu agama..

“Seorang ahli Parlimen DAP pernah bertanya, “Kami orang Kristian percaya Allah SWT adalah ayah. Kita semua adalah anak-anak. Tak munasabah ayah suruh potong tangan anak dia.”
“Saya jawab kepada dia, “Kami orang Islam beriman Allah SWT ialah Tuhan bukan ayah dan Allah sayang kepada hamba-Nya lebih daripada ayah sayang kepada anak.”
“Begitulah kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya lebih daripada kasih seorang bapa kepada anaknya. Allah SWT itu tidak tidur dan tidak mengantuk dalam menjaga hamba-Nya.” tulis Hadi

Peningkatan kes covid19 turut berlaku di Terengganu dengan sebuah sekolah terpaksa berdepan detik cemas dengan 50 pelajar dan guru perlu disaring apabila seorang guru sekolah terbabit dikatakan mempunyai kontak rapat dengan suami yang menjalani kuarantin di rumah sebelum disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.

Mahasiswa juga kini berdepan isu tragis apabila Kementerian Pengajian tinggi membuat dan mengubah keputusan disaat akhir hingga menyebabkan mereka kerugian bahkan berdepan keadaan sukar kini.

CATEGORIES