Masalah air : Hampir 40,000 pengguna terjejas, khuatir jadi seperti Kelantan

Masalah air : Hampir 40,000 pengguna terjejas, khuatir jadi seperti Kelantan

Penduduk sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang berdepan mengalami masa masa sukar apabila masalah ketiadaan air sejak beberapa hari lalu.

Permasalahan ini timbul berikutan masalah teknikal yang dihadapi Loji Kepong 1, Serada, Kuala Terengganu yang memberi kesan terhadap Tangki Bukit Kecil 1, 2 & 3 serta Tangki Belad 1 & 2.

Dianggarkan sejumlah 31,500 akaun di daerah Kuala Terengganu dan 8,700 akaun di daerah Marang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak dua hari lalu.

Kejadian seumpama ini adalah amat jarang berlaku di Kuala Terengganu, rata rata pengguna terlibat melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan pihak pengurusan SATU.

Seorang pengguna media sosial, Rafiie Ahmad mengatakan beliau bimbang Terengganu menjadi seperti Kelantan dalam isu air setelah ditadbir oleh kerajaan PAS.

Sementera itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad dalam satu lawatan ke Loji Air Kepong semalam berkata masalah ini merupakan masalah yang sudah lama berlaku di mana masalah ini melibatkan sistem perpaipan dalam tanah.

Beliau menggesa masalah ini diselesaikan sebelum menjelang perayaan aidilfitri nanti.

CATEGORIES