Mahathir Umum Tidak Tanding PRU15

Mahathir Umum Tidak Tanding PRU15

Tun Mahathir Mohamad dilaporkan berkata akan terus berjuang untuk satu tempoh melalui parti Pejuang namun tidak akan bertanding pada PRU15 akan datang.

Tun Mahathir yang kembali ke pentas politik pada 2016 setelah mengkritik keras kebobrokan pentadbiran Najib, berjaya mengambil alih kerajaan pada 2018 namun ditumbangkan oleh pengkhianat dalam kalangan partinya sendiri Mac lalu.

Mahathir kini berusaha keras untuk mendapatkan kembali mandat rakyat. Beliau kesal dengan Muhyidin yang kini bertukar menjadi perasuah dengan membeli sokongan untuk parti pemerintah.

Bagaimanapun, kedudukan Muhyiddin dilihat tergugat pengumuman Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan mencukupi di parlimen.

Dakwaan Anwar itu disokong oleh kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakui “ramai” ahli parlimen Umno telah menyokong Anwar.

Mahathir berkata Anwar perlu membawa hal ini untuk undian di Dewan Rakyat bagi mengesahkan presiden PKR mendapat sokongan mencukupi di kalangan ahli parlimen.

CATEGORIES