Mahathir Tidak Mampu Selamatkan Malaysia – MP DAP

Mahathir Tidak Mampu Selamatkan Malaysia – MP DAP

Ahli parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ram Karpal mengkritik keras cadangan Mahathir untuk kembali mengetuai kerajaan untuk kali ketiga.

Anak mendiang Karpal Singh itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir sebagai punca keadaan semasa negara.

“Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.

“Dan hari ini anda kata anda nak ‘selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya,” katanya dalam facebook beliau hari ini.

Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang supaya Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.

Ram turut membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya.

“Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu…Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.

“Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?

“Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?

“Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?” soalnya lagi.

Ramkarpal turut mengatakan bahawa sebelum ini beliau percayakan Mahathir termasuk janji beliau untuk menyerahkan kepada Anwar, namun hari ini tindak tanduk Mahathir seolah mahukan kerajaan tanpa Anwar

CATEGORIES