Mahathir Kolot dan Layu – AMK

Mahathir Kolot dan Layu – AMK

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa bekas Perdana Menteri, Mahathir sebagai telefon dail pusing lama dan sudah tidak releven pada zaman telefon pintar.

Syed Badli berkata demikian sebagai respon kepada kritikan Mahathir ke atas Anwar Ibrahim dan menganggapnya sebagai “kolot dan layu”.

“Mahathir sudah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam arus politik negara hari ini. Mahathir ibarat telefon dail pusing yang wujud di zaman telefon pintar (smartphone).

“Taktik serangan dengan mengimbas masa lalu dan hanya meletakkan segala kesalahan ke atas Anwar adalah taktik lama yang kolot dan layu.

“Corak pemikiran politik beliau sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dipraktikkan,” katanya dalam satu kenyataan

Mahathir sebelum ini menyifatkan Anwar ibrahim tidak mampu mengemudi negara jika berlakunya krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.

“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu.

“Terpulanglah kepada kita untuk menilai sama ada dia mempunyai keupayaan untuk mentadbir negara dengan baik.

“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” katanya dalam wawancara itu.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/552231

CATEGORIES