Mahasiswa PAS salahkan Warisan dalam isu Veveonah

Mahasiswa PAS salahkan Warisan dalam isu Veveonah

Kelab Mahasiswa Penyokong PAS hari ini mengeluarkan kenyataan menyalahkan Warisan dan Pakatan Harapan atas isu yang menimpa mahasiswa UMS yang dibuli dua timbalan menteri PN.

Menurut pengerusinya Walaupun Sabah dipimpin oleh Parti Warisan Sabah yang juga merupakan sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan, namun tiada usaha jelas yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan sepanjang mereka memerintah selama 22 bulan.

Menurut Hafizan lagi , hal ini jelas menunjukkan kepincangan dalam kerajaan Pakatan Harapan kerana isu asasi seperti ini belum juga diletakkan sebagai satu keutamaan dalam pemerintahan mereka.

Tambahnya, Isu Veveonah bukanlah semata-mata satu lambang penghinaan mahasiswa oleh dua orang Timbalan Menteri, sebaliknya isu ini merupakan lambang kebobrokan pemerintahan Pakatan Harapan di Sabah.

CATEGORIES