Lompat parti contoh moral baik – Dato Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS – Abdul Hadi Awang menerusi ucapan beliau di Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur, hari ini.

Tindakan anggota Parlimen yang melompat parti bukanlah sesuatu yang tidak baik jika ia untuk menyelamatkan kerajaan dan melakukan perubahan, kata beliau.

Abdul Hadi mengibaratkan tindakan itu seperti melompat daripada bahaya untuk menyelamatkan diri atau sesuatu perkara.

Kenyataan terbaru Abdul Hadi yang dilihat seperti ingin menggalakkan budaya lompat parti di kalangan ahli politik agak bertentangan dengan dalil yang pernah dikeluarkan bagi mengekang tindakan beberapa pimpinan Pas yang ingin melompat akibat dari krisis dalaman pas 5 tahun yang lalu.

Namun penganjuran Konvensyen setengah tahun Perikatan Nasional (PN) itu tidak dihadiri presiden dan ketua pemuda Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang telah dijadualkan berucap.

CATEGORIES