Kurang Sehari Disekat, SugarBook Kembali Boleh Dilayari

Kurang Sehari Disekat, SugarBook Kembali Boleh Dilayari

Beberapa jam selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat akses ke Sugarbook, portal terbabit telah menghantar emel kepada penggunanya panduan untuk ‘memintas’ larangan terbabit, lapor Mkini.

“Dukacita dimaklumkan bahawa apabila Sugarbook dilarang oleh kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun, berikut merupakan cara untuk mengakses Sugarbook,” menurut emel itu.

Dalam kaedah pertama, perkhidmatan tersebut mendedahkan bahawa ia telah membuat pautan alternatif ke laman web itu.

Bagi kaedah kedua, ia menunjukkan kepada pengguna bagaimana menggunakan Sistem Nama Domain (DNS) untuk melepasi sekatan tersebut.

Baca rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/563135

CATEGORIES