KP UMNO Terengganu nasihat ahli bertenang, mohon tangguh reformasi MPKK

KP UMNO Terengganu nasihat ahli bertenang, mohon tangguh reformasi MPKK

Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera meminta ahli partinya agar bertenang berikutan pengumuman mengejutkan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim mengenai kuota JPKK yang akan bermula Januari 2021.

Dalam satu status di laman Facebook malam tadi, beliau memohon agar pihak kerajaan (negeri) agar tidak menwujudkan ketegangan di kalangan rakyat.

“Waktu ini Terengganu dan seluruh negara masih berkecamuk dengan kes COVID19, seharusnya diutamakan perihal bantuan kepada rakyat dan bukannya membahagi kuasa…” Kataya.

“Hentikan seketika tentang kemasyhuran berkuasa kerana ianya dilihat kita berpolitik dan tidak bersungguh membela rakyat”

Tengku Haphiz memuat naik status sebagai respon daripada ahli akar umbi dipercayai tidak berpuas hati dengan pengumuman oleh ADUN Jabi itu tentang komposisi pengagihan JPKK yang hanya memberikan wakil UMNO seramai 3 orang sahaja daripada 20 orang jumlah JPKK dimana 15 jawatan daripadanya dikuasai PAS.

Komen komen di status Tengku Haphiz rata rata menyokong pendirian Ketua Pemuda UMNO Terengganu itu malahan ada komen yang berharap agar tiada keperluan untuk tambahan ahli jawatankuasa sehingga 20 orang.

Fauzi Mohd menulis;

“Dok payah nok serambi serambi sgt lah. Tiada keperluan untuk tambah lagi AJK tu sampai jd 20. Apa tujuan? Yang ada ni pun, tak tahu apa nak buat. Kekal lah AJK yg ada tu sampai habis kuasa. Jgn fikir org lain pelahap sgt. AJK JPKK pun sayang nok beri. Sanggup tambah lg 5. Asal dia tdk berkurang”

”Seeloknya tangguh dulu pereformasiannya” ujar Tengku Haphiz dengan harapan dapat menenangkan kegelisahan ahli di akar umbi.

 

Sumber : Facebook Tengku Haphiz

CATEGORIES