Koyakan Kemaluan Pada Mangsa Rogol Adun BERSATU Disahkan Baharu

Koyakan Kemaluan Pada Mangsa Rogol Adun BERSATU Disahkan Baharu

Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil Jabatan Obstektrik dan Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Dr Nilawati Isha mengesahkan bahawa terdapat dua kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BERSATU, Tronoh Paul Yong Choo Kiong, lapor Malaysiakini

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed di Ipoh hari ini ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi.

“Daripada pemeriksaan, saya mendapati berlaku koyakan baharu pada selaput dara, juga terdapat kesan geseran iaitu kesan kemerahan, juga di bahagian paling bawah pada kemaluan,” katanya dipetik Mkini

Beliau berkata koyakan pada selaput dara boleh disebabkan oleh kemasukan objek tumpul atau organ seperti kemaluan lelaki dan jari manakala koyakan baharu iaitu berlaku dalam tempoh kurang daripada 72 jam ketika mangsa diperiksa.

Yong, 51, yang didakwa merogol mangsa di kediamannya di Meru Desa Park, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 menyertai BERSATU pada 2020.

CATEGORIES