Kompaun RM50,000 Bukan Bidang Kuasa Saya – Menteri Kanan

Kompaun RM50,000 Bukan Bidang Kuasa Saya – Menteri Kanan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap kes tular peniaga ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)itu berada di luar bidang kuasanya sebaliknya ia dibawah bidang kuasa KKM.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri berpandangan kompaun tersebut tidak patut berlaku.

“Tadi saya lihat sendiri melalui media bahawa Menteri Undang-undang (Takiyuddin Hassan) telah memberi penjelasan bahawa saman RM50,000 itu adalah keterlaluan., jelas Ismail dipetik portal Malaysiakini

“Sebab telah pun dibentangkan dengan terperinci dari segi jenis-jenis kesalahan dan jumlah saman yang patut dikenakan.

“Lagipun RM50,000 itu dari segi ordinan darurat sebelum ini yang diumumkan adalah bekaitan dengan syarikat.

“Walaubagaimanapun, ini bukan bawah bidang kuasa pihak saya tetapi bidang kuasa penguatkuasan pihak polis manakala rayuan pengurangan bawah KKM,” tegas Ismail Sabri

CATEGORIES