KKM Tidak Dimaklumkan, Serah Pada Polis – Dr Noor Hisham

KKM Tidak Dimaklumkan, Serah Pada Polis – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa pegawai tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada dalam kegelapan mengenai tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang melanggar peraturan kuarantin kendiri hingga minggu lalu.

Siasatan dalaman berhubung urutan peristiwa selepas menteri itu pulang dari Turki pada 7 Julai telah selesai dan diserahkan kepada pihak polis, yang sedang meneliti kes tersebut.

Ketika ditanya pada sidang media petang ini, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa dia bersama beberapa timbalan ketua pengarah kesihatan yang lain dan juga pengarah bahagian kawalan penyakit berjangkit tidak diberitahu mengenai perkara itu sehingga ia menjadi bahan berita.

“Kami tidak diberitahu. Kami (hanya) diberitahu minggu lalu dan apa yang kami lakukan, perkara pertama yang kami lakukan, adalah mengarahkan supaya siasatan dalaman dijalankan.

“Semalam saya terima laporan dari siasatan dalaman itu, laporan penuh mengenai apa yang berlaku.

“Kami tidak diberitahu. Oleh itu, sangat penting bagi barisan hadapan (bahawa) apa sahaja yang berlaku di peringkat bawahan, untuk memberitahu kami dan memberitahu pihak atasan supaya tindakan dapat diambil secepat mungkin, ” katanya.

Dr Noor Hisham walau bagaimanapun mengelak soalan bahawa kompaun pada 7 Ogos yang dikeluarkan kepada menteri berkenaan telah dikebelakangkan.

“Tidak sesuai bagi saya untuk memberi komen kerana ini akan menjejaskan siasatan polis dan sebagainya.

“Jadi saya fikir kita harus serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini dan kita akan menunggu laporan pihak polis,” katanya.

Berita Penuh:
https://www.malaysiakini.com/news/540022?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

CATEGORIES