“Kita tenang sahaja” – Rosol Wahid balas Ahmad Said

“Kita tenang sahaja” – Rosol Wahid balas Ahmad Said

Rosol Wahid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ahmad Said, Ketua UMNO Terengganu semalam yang menegaskan akan meletakkan calon di kerusi yang dimenanginya pada PRU14.

Wakil tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu itu berkata UMNO bebas untuk meletakkan calonnya di mana sahaja.

“Umno bebas untuk berbuat demikian” Kata Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, lapor Freemalaysiatoday.com lewat semalam.

Rosol merupakan ahli Parlimen Hulu Terengganu yang telah memenangi kerusi tersebut ada PRU14 lalu melalui tiket UMNO dan kemudiannya menyertai BERSATU setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan di persekutuan.

Rosol kemudiannya dilantik sebagai Timbalan ketua BERSATU Terengganu setelah pemilihan BERSATU tahun lepas dan kini satu satunya wakil tunggal ahli parlimen BERSATU dari negeri Terengganu.

Rosol menambah, keputusan sama ada untuk berdepan dengan UMNO akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti.

“Kalau pucuk pimpinan kata kita teruskan (lawan) kita teruskan sajalah (berdepan dengan UMNO)”

Terdahulu, Ahmad Said menegaskan UMNO akan meletakkan calonnya di Hulu Terengganu

“Mengapa kita perlu beri kepada mereka(PPBM), walhal kerusi itu dimenangi atas tiket Umno?” Kata Ahmad memetik laporan dari Sinar Harian.

CATEGORIES