Khalid Samad Jawab Tuduhan Engkar Arahan PKPB

Khalid Samad Jawab Tuduhan Engkar Arahan PKPB

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menjawab tuduhan dari pemilik akaun facebook Chegu Bard Original yang mempersoalkan keberadaan beliau di Perak untuk merasmikan Konvensyen AMANAH Perak sedangkan Khalid tinggal di Selangor iaitu kawasan terjejas PKPB.

“Merujuk kepada hantaran Facebook Che’GuBard Original bertarikh 18 Oktober 2020, beliau telah mempersoalkan tindakan YB Khalid Samad yang dikatakan telah melakukan rentas daerah/ negeri bagi menghadiri Konvensyen 2020 AMANAH Perak pada 17 Oktober 2020.”, tulis laman Facebook Friend Of Khalid Samad

Menurut tulisan terbabit, Khalid Samad telah menerima jemputan daripada pihak AMANAH Perak bagi merasmikan Konvensyen Tahunan Amanah Negeri yang berlangsung di MH Hotel Ipoh, Perak pada 17 Oktober 2020 dan pada 15 Oktober 2020, Pejabat Parlimen Shah Alam telah mengemukakan surat permohonan pengecualian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada pihak Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam bagi tujuan rentas daerah/ negeri untuk menghadiri konvensyen dan permit kebenaran yang membenarkan perjalanan tersebut.

Surat kebenaran tersebut terpakai kepada Khalid Samad berserta pegawai yang turut serta dalam konvensyen tersebut.

Sumber : Facebook “Friend Of Khalid Samad”

CATEGORIES