Khairy , Hishamuddin Tegas Tolak Anwar Ibrahim

Khairy , Hishamuddin Tegas Tolak Anwar Ibrahim

Susulan tular satu surat ditandatangi Presiden UMNO mendakwa parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan tidak lagi menyokong Muhyiddin Yassin, dua ahli parlimen UMNO menegaskan pendirian mereka untuk menolak Anwar Ibrahim iaitu Hishamudin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin.

Seperti @DrZahidHamidi sebut sblm ini, beliau tidak blh halang MP sokong Anwar. Tetapi jika surat yg tular hari ini benar, sy tidak dimaklumkan & ia BUKAN pendirian sy sebagai MP UMNO. Sy mahu nyatakan dgn jelas, sy TIDAK sokong Anwar sebagai PM. Saya konsisten – NO ANWAR NO DAP, ciap Hishamudin dalam Twitter beliau.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin seterus retweet dan turut memberi penegasan beliau melalui insta story beliau.

Sekiranya surat tersebut adalah benar, saya ingin menegaskan bahawa presiden parti tidak bercakap mewakili saya. Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, saya harap ahli parlimen lain akan membuat keputusan yang jelas. Kita akan lihat kemudiannya siapa yang sebenarnya mempunyai angka (sokongan).

Penegasan kedua tokoh UMNO ini dipercayai akan turut menuntut ahli parlimen UMNO lain turut membuat penegasan sekaligus mengagalkan usaha Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.

Namun begitu, penegasan kedua mereka juga disebut mempunyai kaitan dengan laporan suara tv sebelum ini berkenaan tuntutan biro politk Umno memutuskan pelantikan ahli Kabinet di kalangan Umno perlu mengambil kira hirarki dalam parti itu.

Hal ini bermakna wujud desakan agar menteri dari UMNO yang tidak mempunyai jawatan dalam parti disingkirkan dari kabinet dan 4 menteri terbabit adalah Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaludin.

CATEGORIES