Khairuddin Tidak Akan Didakwa Atas Arahan AG

Khairuddin Tidak Akan Didakwa Atas Arahan AG

Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjujt ke atas Menteri PAS , Khairuddin Aman Razali kerana engka perintan kuarantin kendiri wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC, polis menerima arahan agar tiada tindakan lanjut diambil, lapor Malaysiakini

“Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini (ialah) no further action…NFA, atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairuddin sebelum ini pernah dikenakan denda maksimum RM1,000 kerana mengingkari peraturan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki. Khairuddin kemudiannya memohon maaf dan berikrar untuk menyumbang gajinya kepada tabung Covid-19.

Kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap Khairuddin telah menimbulkan kecaman warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati apatah lagi ramai rakyat biasa yang kena hukuman yang lebih untuk kesalahan yang sama termasuk seorang kontraktor yang dihukum penjara 14 hari dan denda.

CATEGORIES