Khairuddin Takiri  Gesa Penyokong Pas Zikir Salahkan DAP

Khairuddin Takiri Gesa Penyokong Pas Zikir Salahkan DAP

Menteri yang terpalit isu pelanggaran SOP Covid19 , Khairuddin Aman Razali mengesa penyokong Muafakat Nasional dendangkan dan dizikirkan tanpa henti kesalahan Pakatan Harapan terdahulu.

Turut memuatkan gambar poster “Pendedahan 101 Projek Runding Terus” kerajaan PH, Khairudin mendakwa PH dan DAP tidak akan berhenti menyerang kerajaan baru ini dengan isu-isu kecil.

Khairuddin mendakwa Menghina Islam dan mengenepikan Islam dalam pentadbiran adalah maksiat besar. Namun tidak dinyatakan secara jelas dimana islam diketepikan dan dihina sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan.

Ahli parlimen Kuala Nerus itu juga mengesa isu isu melibatkan Melayu dan Islam sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan dimainkan oleh pendokong Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

CATEGORIES